KOBOI MALAYSIA – Pra Wedding bersama Kuda….
Lama jugak tak upload gambar di blog kesayanganku ini.Dengan sedikit waktu yang ku ada ini,diusahakan upload beberapa keping gambar untuk tatapan semua.Pre wedding dengan konsep KOBOI ini,sangat berlainan dari yang lain.Sebenarnya pengantin ini yang mahukan idea ini direalisasikan agar gambarnya menjadi lain dari yang lain,orang kata,Pra Wedding tanpa konsep,ibarat gambar berdua yang hanya dirakamkan oleh seorang photographer…Oleh itu saya sarankan dia menggunakan kuda kebetulan pengantin lelaki(hafiz) memang pandai menunggang kuda…

Dengan keindahan pantai Port Dickson ini dan juga senangnya mereka untuk melakukan apa yang saya mahukan,membuatkan gambar ini jadi lebih better than better.Bukan mudah nak menjadi mudah,inilah yang kami hadapi semasa sesi ini.Tempat pertama yang dituju tidak menepati pilihan,hujan hampir turun dan alhamdulillah berhenti…. dan akhirnya,inilah hasilnya..Pengantin sanggup basah dan suka bergambar,jadi saya pun bersemangatlah untuk hasilkan sesuatu…

Semua hasil ini adalah dari AHMAD FAIRUS sendiri.Terima kasih kepada pengantin(walaupun beberapa bulan lagi dah panggil..hehe) dan keluarga serta isteriku yang sentiasa menemani…Alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..amin..
FOTOGRAFI – AHMAD FAIRUS
EDITING – AHMAD FAIRUS
MAKE UP – SITTI NURS – RUMAH KEBAYA MALAYSIA
www.ahmadfairus.com
ahmadfairus@myphotographer.com.my
+60123390943



Leave a Reply